Friday, 2 June 2017

Mutiara Kata (Islamic)

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!" - SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

(1). Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.(2) Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.(3). Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia. - SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

(1). Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufiksebagaimana yang Engkau cintai.(2). Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?(3). Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.(4). Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. - UMAR BIN AZIZ

(1). Orang yang bertakwa itu dikekang.(2). Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.(3). Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa. - SUFFIAN AS THAURI

(1). Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.(2). Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia. (3). Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat.. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. - Saidina Ali bin Abi Talib
 

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
 

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa - Saidina Ali bin Abi Talib
 

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah - Khalifah Ali bin Abi Talib
 

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya - Khalifah Umar al-Khattab
 

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya - Khalifah Ali bin Abi Talib
 

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut - Saidina Umar bin Al-Khatab
 

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani - Khalifah Ali bin Abi Talib
 

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
 

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yang baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya - Saidina Umar al-Khattab
 

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat - Saidina Umar bin Al-Khatab
 

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) - Saidina Ali bin Abi Talib
 

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. - Saidina Umar bin Al-Khatab
 

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
 

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib
 

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab
 

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib
 

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya - Saidina Umar bin Al-Khatab

Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah : (1) Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu (2) Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu (3) Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu (4).Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu.

Saidina Abu Bakar r.a berkata: Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna 

Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata : Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci, Lidahnya selalu basah dengan zikrullah, Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa). Segala perkara dihadapi nya dengan sabar dan tabah· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 

Saidina Ali r.a berkata :  Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa). Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.
 

Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran. - Imam Hasan Al-Askari
 

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan. - Said bin Suwaid
 

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan. - Al-Ahnaf bin Qais 

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.
 

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya : 1. Hendaklah ia menjaga solatnya 2. Hendaklah dia bersedekah 3. Hendaklah dia membaca al-Quran 4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya. Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 1. Jangan berdusta 2. Jangan mengkhianat 3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 4. Jangan kencing sambil berdiri..

Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara (1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua(2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala(3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit (4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati.
 

Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al Fudhail bin Iyaadh
 

Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat - Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
 

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. - Luqman Hakim
 

Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i
 

Siapa yang mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas r.a

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya - Imam Al-Ghazali
 

Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa
 

Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu AbbasAdab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah - Wahab Munabih
 

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut - Ibrahim bin Adham 

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas 

Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat - Ibnu Asahir
 

Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah. 2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang 3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan) - Luqman Al-Hakim

Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama' kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujanyang lebat - Al-Hukama'
 

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar - Abul -Abbas Al Masri
 

Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh - Amru Al-As
 

Abu Laits berkata : "Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandung 8 bahaya. · Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.· Memberanikan orang bodoh kepadamu· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.· Melupakan dosa-dosa yang lampau· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu.· Melupakan mati dan akhirat· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.

Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan. - Ahmad bin Ismail
 

Adakalanya seseorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di sekitarnya, maka Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. - Ibrahim Annakha'i

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi -Yazid bin Abi Habib 

Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya - Sahl bin Abdullah At-Tusturi
 

Ketika Haatim al-Asham datang berkunjung kepada Imam Ahmad, Imam bertanya,"Beritahukan kepadaku,bagaimana caranya mencari selamat dari manusia ?" Haatim menjawab, "Dengan tiga hal: 1. Anda memberi harta kepada mereka, dan jangan mengambil harta mereka. 2. Berikan hak-hak mereka dan janganlah menuntut hak Anda dari mereka 3. Bersabarlah menghadapi gangguan mereka dan jangan mengganggu mereka 

Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya - Ahmad Athaillah
 

Berhati-hatilah kamu. Jangan sampai menulis masalah apapun dari ahlul ahwa` sedikit ataupun banyak. Dan berpeganglah dengan ahli atsar dan sunnah. - Imam Ahmad
 

Kunci amal-amal dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar - Syeikh Abu Sulaiman ad-Darani

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban -Al-Hassan Al-Bashri 

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman - Abul Qasim Al-Junaid 

Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah dengan akal pikiran mereka.Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya. - Dr. Mustafa Assiba'i
 

Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata - Imam Syafi'e 

Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit - Nabi Isa A.S 

Orang kaya itu tetap tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau neraka kecuali yang selalu bersedekah. Namun sedikit sekali yang berbuat demikian kerana syaitan merintangi mereka untuk bersedekah. - Abu Laits
 

Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan. - Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
 

Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu. - Imam Sufian ath-Thauri
 

Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu - Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
 

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. - Imam Umar bin Abdul Aziz
 

Musibah itu hanya satu bala tetapi jika orangnya mengeluh maka menjadi dua bala. Yang satu bala musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah itu - Abdullah bin Almubarak
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya - Imam Abu Hanifah
 

Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya - Imam Syafi'e
 

Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.-

Thursday, 1 June 2017

Islam Itu Indah

Umat Islam masa kini terkebelakang berbanding umat lain dalam banyak aspek.Walaupun bumi yang didiami umat Islam mempunyai pelbagai sumber kekayaaan umat Islam terus ditindas dan berada dalam kemiskinan.Malah sesetengahnya terpaksa menjadi pelarian.Mengapa semua ini berlaku?

Sejarah menunjukkan umat Islam tidak beroleh kemenangan terus sepanjang masa.Ada masa menang dan ada masa kalah. Rasulullah SAW pernah mencapai kemenangan dalam Perang Badar tetapi kalah dalam Perang Uhud. Kemenangan dan kekalahan adalah ketetapan maha pencipta. Allah swt. Berfirman di dalam surah Al-Imran, ayat 140 bermaksud : “dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa  kemenangan atau kekalahan). Kami gilirkannya antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah t entang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid,”

Walaupun umat Islam kini terkebelakang, perkembangan mutakhir sangat memberangsangkan.Ada tanda-tanda menunjukkan umat Islam akan kembali menjadi kuat sebaik sahaja factor-faktor yang menyebabkan kelemahannya dapat dihapuskan.

Antara faktormya ialah akidah umat Islam kini telah dibauri pemikiran yang diada-adakan oleh manusia semdiri. Ini menyebabkan akidah mereka tidak dapat memberi dorongan ke jalan suci yang mencerminkan keharmonian insaniah serta keluhuran rohaniah. Kemajuan material juga sudah menyerap ke segenap aspek hidup. Lantaran itu, akidah tidak mampu berdepan dengan  pelbagai asakan.

Jika individu muslim menghayati ajaran Islam sebenar, kemelut umat masa kini akan dapat diatasi, Ini kerana Islam itu sendiri bersifat indah yang membentangkan pelbagai formula berkesan dalam menyelesaikan masalah manusia.

Keindahan Islam dapat diperhatikan daripada keunikannya berbanding agama lain.Ini dapat dilihat daripada beberapa aspek berikut

1.   Agama Islam dari Allah

Sumber agama Islam ialah dari Allah. Allah yang mengatur dan menyusun ajaran Islam dan mewahyukannya kepada Rasulullah saw untuk disampaikan kepada umat manusia. Firman Allah swt di dalam Surah Ali Imran, ayat 19 bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di s isi Allah ialah Islam.”

 2.   Kesempurnaan Islam

Ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia daripada perkara yang paling kecil sehingga paling besar. Ajarannya juga meliputi perkara yang telah berlaku dan belum berlaku serta apa sahaja unsur yang bersifat reality atau ghaib.

3.   Islam bersifat menyeluruh

Ajaran Islam bukan sahaja membicarakan kehidupan di akhirat, malah mengajar manusia peraturan hidup di dunia. Ringkasnya, ajaran Islam memandu madusia dalam mencari kebahagiaan di akhirat dan di dunia.

Allah berfirman di dalam surah al-Ambiah, ayat 107 yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

 4.    Islam bersifat sederhana

Islam adalah agama yang mengambil pendekatan sederhana dan tidak fasik. Dengan kata lain, ajaran Islam mengambil jalan tengah di antara dua keadaan bertentangan. Dalam melaksanakan sifat ini, Islam menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara yang memudaratkan.

Firman Allah swt di dalam Surah Ali Imran, ayat 110 bermaksud: “Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerna) kamu menyuruh  berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

5.   Islam agama yang mudah

Oleh kerana Islam mangamalkan sikap sederhana, ia mudah diikuti semua golongan masyarakat dalam menguatkuasakan peraturan dan hukuman.Islam tidak bertindak dalam bentuk paksaan, sebaliknya memberi kefahaman dan mendidik sehingga timbul kesedaran sendiri di kalangan penganutnya untuk mematuhi peraturan. Selain itu, ajarannya adalah fleksibel serta bertolak ansur terhadap sesuatu masalah.

Bersatu Dalam Semua Aspek Kehidupan

Firman Allah swt bermaksud: “Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira (bangga) dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).”(Surah Ar-Rum, ayat 32)

Huraian: Ayat ini menyentuh secara langsung kedudukan umat Islam yang bersifat berpuak-puak akibat perselisihan pendapat. Akidah dan kepercayaan hanya mampu menyatukan umat Islam dalam soal ibadat khusus. Kita mampu bersatu ketika menunaikan solat. Kita sembahyang dalam satu masjid, menyembah Allah yang satu, mengikut rasul yang sama dan menghadap ke satu kiblat. Kita sudah ada keupayaan untuk bersatu dalam hal-hal ibadat tetapi kurang keupayaan untuk bersatu sesama Islam dalam mengharungi kehidupan.

Walaupun penjajah sudah keluar dari negara umat Islam, mereka meninggalkan perangkap yang membelenggu pemikiran sebahagian umat Islam. Perpaduan adalah perkara dasar yang perlu dirujuk kepada pandangan Islam berasaskan al-Quran dan hadith, bukan kepada pandangan dan kepentingan kumpulan tertentu.

Pandangan individu dan kumpulan wajib tunduk dan akur kepada kebenaran yang datang dari al-Quran dan hadith. Kita tidak patut kehilangan arah dalam menyelesaikan apa juga masalah umat. Kita harus ingat bahawa umat Islam ditinggalkan oleh penjajah dalam keadaan berpuak-puak dan sukar untuk bersatu. Penjajah berbuat demikian supaya orang Islam tidak berdaya mengemblengkan apa sahaja kekuatan untuk menandingi mereka. Malah musuh-musuh Islam akan memperalatkan sesiapa sahaja untuk terus memperalatkan sesiapa sahaja untuk terus melemahkan umat Islam.

Kita hendaklah bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi di samping memastikan kekuatan dan keharmonian yang ada terpelihara sewajarnya.

Rasulullah saw turut memperingatkan perkara ini menerusi sabdanya yang bermaksud: “Hubungan orang-orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguatkan di antara satu sama lain.”

Inilah tugas yang perlu dilaksanakan setiap mukmin supaya kita saling bekerjasama dan batu membantu untuk membina segala kekuatan dalam segenap bidang. Membangunkan kekuatan sesuatu umat dan negara adalah satu uasaha yang sukar dan mengambil masa yang lama. Ia juga menuntut pengorbanan. Sebaliknya untuk meruntuhkan sesuatu yang telah dibina boleh dilakukan kanya dalam masa singkat.
       
Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam dan bertekad untuk menjadikan diri kita sebagai pencetus dan pendolong kepada perpaduan dalam semua bidang kehidupan. Marilah kita sama-sama berperanan menanam benih perpaduan dengan baja kasih saying dan menyuburkannya dengan keimanan yang akhirnya mengeluarkan buah-buah kebahagiaan dan kedamaian yang dapat dinikmati bersama.

Kita perlu memiliki akidah yang mantap dan berjiwa besar serta keikhlasan dan kebijaksanaan untuk terus membina perpaduan dalam mengharungi pelbagai cabaran mendatang. Cabaran yang ada di hadapan kita terlalu besar dan banyak. Musuh-musuh Islam bekerja keras siang dan malam untuk melemahkan umat Islam. Mereka melakukan serangan dari semua medan sama ada menerusi media, ekonomi dan kekuatan persenjataan.

Tetapi masih ramai umat Islam yang terus hanyut dan dilalaikan dengan program yang membuang masa serta tidak berfaedah. Kelalaian di kalangan umat Islam memberi kekuatan dan keuntungan kepada musuh Islam. Justeru, kita mesti bersedia dengan perancangan dan melihat jauh ke hadapan bagi mengharungi segala cabaran.

Jika kita bersatu, apapun cabaaran akan dapat dihadapi. Sebaliknya jika kita berpuak-puak sebagaimana digambarkan oleh ayat ini, umat Islam mungkin akan terus ketinggalan berbanding umat lain.

Bila AkhlakNya Buruk.. Neraka Menanti Kita


SemuaNya Akan Meninggalkan Dunia Ini


Perjalanan Hidup Manusia - Versi Al Qur’an

( Pengajian Tawakal )

Menurut Al Qur’an : Dari Allah kembali kepada Allah ( Al Baqarah  2: 156 ).

 Sesungguhnya tujuan hidup kita di dunia adalah untuk mendapatkan keridhoan Allah, melalui ujian kesabaran dan keikhlasan, bukan sekedar mengharapkan surga.Surga bukan tujuan para sufi.  Surga bukan tujuan para pencari sejati.  Karena di surga tidak ada Allah.  Di surga tidak ada apa-apa, kecuali kesenangan fisik.

Demi Masa : Manusia senantiasa merugi (Al Asr 103:1-3). 

Merugi bila kita tidak memiliki dan tidak mengerti tujuan hidup.  Karena kita semua akan  mengalami proses penuaan dan akhirnya mati, kembali kepada Allah.

Beberapa periode kehidupan manusia

DI ALAM KETUHANAN

DI ALAM RUH

DI DALAM RAHIM IBU

DI ALAM DUNIA

KEMBALI KEHADIRAT ALLAH

DI ALAM KETUHANAN

Tuhan ada, DIA berdiri dengan sendirinya, tidak ada apa – apa di sisi-Nya, tidak serupa apapun, Kemudian Dia ciptakan makhluk : “ Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, oleh sebab cinta maka Aku ciptakan makhluk ( Nur Muhammad ) agar dia mengenal akan Aku “. (Hadist Qudsi)

Bahan dasarnya dari Dzat Ilahiah sendiri, melalui kuasa dan kehendak-Nya Dia berkata: “Kun Fayakun – Jadilah maka jadi”

Dari Nur Muhammad  inilah jagad raya dengan segala isinya berasal, disebutnya :  Teori Pancaran Tuhan ( Emanasi ), Teori Big Bang, Teori Panteisme atauTeori Neo Platonisme.  Semua teori ini dianggap berasal dari teori Monisme Hindu.

Beberapa Firman Allah:

1.  Al Insan : 76 : 1 “ Bukankah telah datang atas manusia suatu waktu dari masa, sedang Dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang bisa disebut”.

Al Maryam 19 : 9 “ Aku menciptakan engkau sebelumnya ketika engkau belum apa – apa”.

Hadist Rosululloh

Aku berasal dari cahaya Allah, seluruh alam semesta berasal dari cahaya- Ku. Aku adalah bapak dari segala ruh dan Adam bapak dari segala jasad.

Dengan demikian berarti: ruh diciptakan sebelum jasad diciptakan.

DI ALAM RUH

Ketika masih di alam ruh, Tuhan memberikan pengetahuan melalui Firmannya sebagai berikut : Tidak Aku Ciptakan Jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah- KU
 ( Dzariyat Adz 51 : 56 )

Kemudian Tuhan berfirman; “ Bukankah aku Tuhanmu” Para Ruh menjawab “ Benar kami bersaksi”. ( Al a’raff 7 : 172 )

Ayat ini sebagai penjelasan bahwa;

- Ruh bisa berkomunikasi dengan Allah
- Syahadat awal.

DI DALAM RAHIM IBU

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur , Kami hendak mengujinya karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat  (Al Insan: 76 : 2).

Kami menunjukinya jalan yang lurus  ( Al Insan 76 : 3 )
       
Dia mengetahui ( keadaan ) kamu ketika Dia ciptakan kamu dari tanah dan ketika kamu masih didalam perut ibumu, karena itu janganlah kamu merasa dirimu suci.  Dia mengetahui siapa yang takwa ( An Najm 53:32 )

Dia menciptakan kamu dalam perut ibumu setingkat demi setingkat dalam tiga selubung kegelapan ( Ektoderm – Mesoderm – Endoderm ). (Az Zumar 39:6).

Dia beri kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur kepada – NYA ( An Nahl 16 : 78 ).

Allah yang menciptakan pendengaran, penglihatan dan hati namun sedikit saja kamu bersyukur ( Al Mu’minun 23 : 78 ).

Bila kamu bersyukur pasti Kami akan menambah ( Nikmat ) kepadamu, bila kamu ingkar maka adzab KU sangat pedih ( Ibrahim 14 : 17 )

Pendengaran, penglihatan dan hati masing – masing akan diminta pertanggungjawaban ( Al Isra 17 : 36 ).

Bukan matanya yang buta tapi hatinya yang ada didalam dada ( Al Hajj 22 : 46 )

Setelah aku sempurnakan kejadiannya aku hembuskan ruh KU kepadanya ( Al Hijr 15 : 29 Ash Shad 38 : 72 )

Ruh masuk kedalam jasmani sambil membawa amanah ( agama ) karena manusia Zholim dan bodoh ( Al Ahzab 33 : 72 )

Namun tidak dikatakan amanahnya (agamanya) apa.  Manusia diberi kebebasan memilih walaupun Tuhan telah memberi petunjuk. Setelah di dunia amanah tersebut dilalaikan, oleh karena itu manusia   disebut insan yang artinya lalai.

DI ALAM DUNIA

Manusia dilahirkan ke dunia, dalam keadaan fitrah, suci bersih seperti kertas, putih yang belum di coret – coret.  Setelah akil balig pendidikan dan lingkungan akan mewarnai kehidupannya - Al Hajj 22  : 5

Kami tetapkan dalam rahim apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan,  kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi kemudian sampai dewasa ada yang diwafatkan, ada yang dipanjangkan umurnya. - Al Imran 3 : 28

Ini (Al qur’an) adalah penerangan bagi seluruh manusia, petunjuk serta pelajaran bagi mereka yang taqwa - An Nahl 16 : 43

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya.- Al Isra 17  : 70

Sesungguhnya telah Kami muliakan anak – anak Adam……… Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

Perjalanan hidup manusia di dunia bagaikan mata air jernih menjadi sungai yang berliku – liku, dicemari sampah – sampah kehidupan, kena polusi duniawi, airnya jadi kotor dan busuk, namun lautan selalu menerima air kotor – busuk yang kembali kepadanya. Air kotor itu dibersihkan diangkat derajatnya jadi awan, bening lagi jadi air hujan dan bermanfaat lagi.  Demikian juga Allah lautan ampunan, lautan kasih sayang akan menerima siapa saja yang kembali kepada – Nya.Tuhan akan mengangkat manusia dari keterpurukan bagi yang bertawakal dan bertakwa kepada-Nya - Az Zumar 39 : 53

Janganlah kamu berputus asa atas Rahmat Allah yang akan mengampuni segala dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang - An Nisaa 4 : 48

Allah tidak mengampuni dosa syirik, tetapi Dia mengampuni dosa-dosa selain itu

Kemudian manusia yang kembali ke jalan Allah berdoa sebagaimana Adam memohon ampunan Allah - Al Araf 7 : 23

Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami niscaya pastilah kami termasuk orang – orang yang merugi

“ Robbana zolamna anfusana wa ilam tagfirlana wa tarhamna lanakunana minal khosirin “.- Al Imran 3 : 173

Cukup Allah menjadi pelindung “ Hasbunallah wa ni mal wakil “ - Al Anfal 8 : 40

Dialah sebaik – baiknya pelindung dan penolong - “ Ni mal maula wa ni mannasir “.

Setiap Ruh yang berada dialam jasmani merasa terbelenggu dan ingin kembali ke sumber asalnya oleh karena itu setiap manusia memiliki naluri untuk mencari dan mengenal Allah sekalipun dia seorang penjahat. Mencari Allah tidak mudah, harus melalui ujian-ujian.

Allah berfirman:  Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur , Kami hendak mengujinya karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat  (Al Insan: 76 : 2).

Apakah cukup engkau menyatakan dirimu beriman sebelum aku mengujimu . ( Al Ankabut 29 : 2 )

Selanjutnya akan selalu ada masalah di dalam kehidupan manusia sebagai ujian dari Tuhan, baik kehidupan yang lapang ataupun kehidupan yang sempit.

MASALAH KEHIDUPAN

Tuhan memberikan ujian beraneka ragam - (Al Baqarah 2 : 155-156-157)

1. Sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira bagi orang-orang yang sabar.

2. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : inalillahi wa inna ilaihi rojiun.

3. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan,  mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ujian kebaikan atau keburukan ( Al Anbiya 21 : 35 ).
 
Semua nikmat yang kamu peroleh itu datangnya dari Allah, dan musibah yang menimpa kamu itu adalah dari diri kamu sendiri (An Nissa 4 : 79).
 
HADITS : Jangan menyalahkan orang lain, introspeksi.

PEMECAHAN MASALAH-PEMBERDAYAAN DIRI

Manusia memohon jalan yang lurus - ( Al Fatihah 1 : 6 )

Inilah jalan yang lurus menuju kepada Ku - ( Al Hijr 15 : 49 )
    
Jangan ikuti jalan – jalan lain sehingga kamu bercerai- berai  - ( Al An’am 6 : 153 )

Inilah jalanku, aku mengajak kamu kepada Allah dengan penglihatan yang nyata  - (Yusuf 12 : 108).

Barang siapa yang berserah diri kepada Allah sedang dia berbuat kebajikkan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati - ( Al Baqarah 2 : 112 )

Ingatlah kepada-Ku niscaya Akupun akan ingat kepadamu, besyukurlah kepada-Ku dan jangan mengingkari-Ku - ( Al Baqarah 2 : 152 )

Hai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan sholat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar - (Al Baqarah 2 : 153).

Dirikan sholat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk - ( Al Baqarah 2 : 43 ).

Dan ingatlah Ketika Kami berikan kepada Musa Al Kitab ( Turat ) dan keterangan yang membedakan antara yang benar dan yang salah agar kamu mendapati petunjuk - ( Al Baqarah 2 : 53 ).

Hanya milik Allah Asma ul Husna maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma ul Husna itu ( Al A’raf 7 : 180 ).

Sebutlah ( nama ) Tuhan-mu dalam hatimu - ( Al A’raf 7 : 205 ).

Sesungguhnya orang – orang yang beriman apabila disebut nama Allah akan bergetar hatinya dan apabila dibacakan ayat – ayat – Nya akan bertambah iman mereka dan kepada Tuhannya mereka bertawakal. - (Al Anfal 8 : 2 )

Merinding karenanya kulit orang – orang yang takut kepada Tuhan-nya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka diwaktu mengingat Allah - (Az Zumar 39 : 23 ).

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Rahman kepada mereka, maka mereka menyungkur, bersujud dan menangis - ( Maryam 19 : 58 ). 
    
MASALAH PENYAKIT

Ø  As Syuara 26 : 80
Bila aku sakit Allah akan menyembuhkan aku

Ø  Al Isra 17 : 82
Dan kami turunkan dari Al qur’an suatu yang menjadi penawar ( Obat ) dan rahmat bagi orang – orang yang beriman.

Ø  ( Ingatlah ), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penentraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan–gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki-mu ( AL ANFAL 8 : 11 )

Ø  Yunus 10 : 57
Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit – penyakit didalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang – orang yang beriman.

Ø  Al Isra 17 : 80 – 82
Ya Tuhanku masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah aku dengan cara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisimu kekuasaan yang bisa menolong.
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap sesungguhnya yang batil adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Bila kita tetap berpegang pada tali Allah, tetap bertawakal kepada Allah serta selalu memohon ampunan dan pertolongan Allah dengan sabar dan ikhlas, sholat dan dzikir maka pasti kita akan lulus ujian dan mendapatkan bonus yang luar biasa.

 HASIL AKHIRNYA
          
1. Al Ahzab 33 : 41- 43. Berzikirlah kepada Allah sebanyak – banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang, Dia akan mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang

2. An Nur 24 : 35. Cahaya diatas cahaya. Allah akan membimbing dengan cahaya-Nya (kepada Cahayanya) bagi siapa yang Dia kehendaki.

3. At Tagabun 64 : 11. Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.

4. Al Qaaf 50 : 20. Aku buka tabir yang menutupi matamu, maka pandangan matamu       akan menjadi tajam

5. Al Zumuah 62 : 10. Carilah karunia Allah berzikirlah sebanyak – banyaknya agar kamu    sukses.

6. At Tholak 65 : 2-3-4-5. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan jalan keluar dan memberinya rizki dari arah yang tidak diduga, dan  niscaya Allah akan memberikan kecukupan … dimudahkan segala urusan … dihapus semua kesalahannya … dan diberinya pahala yang berlipat ganda …

7. Muhammad 47 : 7. Hai orang – orang yang beriman, jika kamu menolong ( Agama ) Allah niscaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu

8. Ar-Rad 13 : 28. Dengan berdzikir hati akan menjadi tenang dan tentram

KEMBALI KEPADA ALLAH

An Nur 24 : 24. lidah tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka kerjakan.

Yaasiin 36 : 65. Berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan

Al Isra 17 : 36. Pendengaran, penglihatan dan hati masing – masing akan dimintai tanggung jawabnya.

Al Isra 17 : 14. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.

Al Araf 7 : 126. Ya Tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan muslim ( berserah diri )

Yusuf 12 : 101. Wafatkan aku dalam keadaan muslim ( berserah diri ) dan gabungkanlah aku dengan orang – orang yang saleh.

An Nisa  4 : 174. Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang-benderang.

Al Maidah 5 : 15. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan.

SEBAGAI BONUS (GANJARAN, BALASAN) DARI ALLAH :

Al Fajr 89 : 27-30. Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan puas dan diridhoinya, masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, masuklah kedalam surga-Ku.

Yaassiin 36 : 58. Salamun Qaulammirobirrohim

AL Furqon 25 : 75. Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.

Al Furqon 25 : 76. Mereka kekal di dalamnya. Surga itu sebaik-baiknya tempat menetap dan tempat kediaman.    


Syariat Itu Menyelamatkan Manusia

Sesudah itu Adam terima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia ampunkannya kerana sesungguhnya Allah itu Pengampun dan Penyayang.

Kami berkata: “Pergilah kamu sekalian dari (syurga) itu, kemudian jika datang petunjuk (agama) daripada-Ku dan sesiapa yang ikut petunjuk itu tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita”. ( Ayat 37 & 38 : Surah al-Baqarah )

Hai Bani Adam! Sesungguhnya Kami telah turunkan atas kamu pakaian untuk menutup kemaluan kamu dan pakaian perhiasan dan juga pakaian takwa, ini lebih baik. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (kurnia) Allah supaya kamu ingat. ( Ayat 26 : Surah al-A’raaf )

Nabi Adam a.s hanya dipakaikan dengan syariat apabila beliau a.s masuk ke dalam dunia. Beliau a.s tidak dibebankan dengan syariat sewaktu beliau a.s berada di dalam syurga. Syariat menjadi pakaian kebal yang dengannya keturunan Adam a.s boleh selamat daripada fitnah dan tipu daya dunia. Dunia adalah umpama racun dan syariat adalah penawarnya. Sesiapa yang masuk ke dalam dunia tanpa memakai syariat akan ditelan oleh dunia dan diheret kepada alam syaitan.

Syariat adalah peraturan atau sistem yang digubal oleh Allah s.w.t untuk dipatuhi oleh manusia dalam mengadakan perhubungan dengan Tuhan, dengan sesama manusia dan dengan makhluk lain dalam alam maya ini. Syariat sampai kepada umat manusia melalui manusia pilihan Tuhan yang berkedudukan sebagai nabi-nabi. Nabi-nabi bertanggungjawab menerima, memahami, mengamalkan dan menyebarkan syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Dasar syariat adalah taat kepada Allah s.w.t dengan mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Peraturan yang terdapat dalam syariat yang dibawa oleh seorang Nabi harus ada perbezaan dengan peraturan yang terdapat dalam syariat yang dibawa oleh Nabi yang lain. Walaupun ada perubahan pada peraturan syariat tetapi tuntutan mentaati syariat tidak berubah.

Syariat Nabi Daud a.s mengizinkan lelaki berkahwin seberapa ramai yang mereka mampu tetapi syariat Nabi Muhammad s.a.w menghadkan setakat 4 orang isteri sahaja dalam satu masa. Haram bagi umat Nabi Muhammad s.a.w berkahwin lebih daripada empat orang dalam satu masa, walaupun umat Nabi Daud a.s boleh berbuat demikian. Umat Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh bersandar kepada syariat Nabi Daud a.s bagi berkahwin lebih daripada empat orang.

Jika diperhatikan kepada tuntutan mentaati syariat yang dibawa oleh Nabi bagi satu-satu umat, dapatlah difahamkan bahawa dosa dan pahala yang dikatakan oleh syariat bukanlah kerana tidak melakukan atau melakukan peraturan semata-mata. Hukum dosa dan pahala bergantung kepada tidak mentaati atau mentaati Allah s.w.t berhubung dengan peraturan yang Dia tetapkan. Orang munafik boleh melakukan perbuatan sembahyang dengan sempurna, tetapi ia tidak disertakan dengan ketaatan kepada Allah s.w.t, maka perbuatannya itu tidak mendatangkan pahala. Darjah pahala bergantung kepada kekuatan taat dan dalam melakukan peraturan syariat itu dituntut supaya melakukannya dengan cara yang betul, tidak boleh membuat cara sendiri yang menyalahi peraturan syariat. Bagi setiap umat telah Kami tetapkan upacara ibadat (syariat) yang mereka akan lalui. Maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam perkara ini; dan serulah kepada Tuhan engkau. Sesungguhnya engkau adalah di atas petunjuk yang lurus. ( Ayat 67 : Surah al-Hajj )

Umat satu nabi wajib berpegang kepada syariat yang dibawa oleh nabi tersebut, tidak boleh lari kepada syariat nabi yang lain, melainkan telah datang nabi lain yang membawa syariat yang lebih lengkap dan sempurna. Apabila datang Nabi Muhammad s.a.w sekalian umat manusia wajib berpegang kepada syariat yang dibawa oleh baginda s.a.w. Umat Nabi Muhammad tidak boleh meninggalkan syariat baginda s.a.w kerana mahu mengikuti Nabi-nabi yang terdahulu. Umat Nabi Muhammad s.a.w wajib berpegang kepada firman Allah s.w.t: Hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku cukupkan atas kamu nikmat-Ku. Dan Aku reda Islam menjadi agama (syariat) kamu. ( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah )

Umat Nabi Muhammad s.a.w sangat bertuah kerana Allah s.w.t telah kurniakan kepada mereka nikmat yang lengkap iaitu agama Islam, sehingga mereka tidak perlu lagi merujuk kepada apa yang telah diturunkan terdahulu. Allah s.w.t menjamin bahawa Dia reda menerima Islam sebagai agama bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Jaminan Allah s.w.t itu sudah cukup bagi orang yang benar-benar mencari keredaan Allah s.w.t untuk tetap berjalan di atas landasan  yang telah dibina oleh Islam. Islam adalah perlembagaan yang cukup lengkap, mencakupi perkara zahir dan juga perkara batin. Islam telah menjelaskan apa yang mesti dibuat dan apa yang mesti tidak dibuat dan bagaimana mahu bertindak menghadapi sesuatu perkara. Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang penyelesaian sesuatu masalah. Segala penyelesaian sudah dibentangkan, hanya tegakkan iman dan rujukkan kepada Islam itu sendiri, nescaya segala kemusykilan akan terjawab.

Setiap umat Islam dituntut supaya beriman kepada peraturan yang Tuhan telah tetapkan, mempelajarinya, mengamalkannya dan menyebarkannya sekadar kemampuan masing-masing. Hubungan kaum Muslimin dengan syariat Islam adalah percaya, mempelajari dan melaksanakan. Oleh kerana darjat zahir dan rohani manusia tidak serupa maka terdapatlah perbezaan tahap kepercayaan, pengetahuan dan kekuatan melaksanakannya. Perbezaan tersebut menyebabkan umat Islam mudah bersepakat dalam perkara pokok, bertolak ansur pada perkara cabang dan tidak bersefahaman pada perkara ranting. Kegoncangan pada ranting tidak seharusnya menggoncangkan pokok perpaduan umat Islam. Perbezaan pada tumpuan pelaksanaan tidak seharusnya menyekat kerjasama sesama Muslim. Masalah khilafiah tidak seharusnya menjarakkan kumpulan yang berlainan mazhab.

Al-Quran yang sampai kepada kita sekarang ini mengandungi 6,666 ayat. Tidak mungkin ada orang Islam masa ini yang mampu menyesuaikan dirinya dengan 6,666 ayat tersebut sekaligus, dengan serta merta atau dalam jangka masa yang singkat. Rasulullah s.a.w membawa pengikut-pengikut baginda s.a.w ‘ke dalam’ al-Quran secara berperingkat-peringkat dan baginda s.a.w mengambil masa lebih daripada dua puluh tahun untuk membawa mereka ‘berjalan di dalam’ 6,666 ayat tersebut. Allah s.w.t dan Rasul-Nya sangat berhikmah di dalam mendidik umat manusia. Pada masa berlaku peperangan Badar arak masih belum diharamkan. Sebahagian daripada syuhada Badar terdiri daripada mereka yang kuat meminum arak tetapi Allah s.w.t, dengan kasihan belas dan rahmat-Nya, menerima sekalian ahli Badar sebagai ahli syurga.

Rasulullah s.a.w memberi tumpuan kepada akidah, diikuti oleh akhlak. Al-Quran mengajarkan beriman, kemudian beramal salih. Allah s.w.t memperingatkan bahawa Dia mengampunkan segala dosa, termasuk dosa zina, meminum arak dan sebagainya tetapi Dia tidak mengampunkan dosa syirik. Umat manusia harus diselamatkan daripada dosa yang tidak diampunkan Tuhan terlebih dahulu sebelum dosa yang Tuhan ampunkan. Golongan Muslim yang berilmu berkewajipan menyelamatkan golongan Muslim yang jahil daripada lembah syirik. Dalam berbuat demikian perbezaan fahaman tidak boleh dijadikan penghalang. Puak yang berkuasa dan puak yang berilmu sama-sama akan disoal oleh Tuhan nanti apakah yang mereka buat bagi membersihkan akidah umat manusia. Puak berilmu tidak boleh memberi alasan yang puak berkuasa tidak menerima nasihat. Tanggungjawab ahli ilmu tidak terlepas dengan alasan yang demikian. Dengan sedikit ‘suntikan’ daripada puak yang berilmu akan menjadikan puak yang berkuasa boleh melakukan berbagai-bagai perkara demi kebaikan syariat Tuhan. Dengan sedikit tolak-ansur daripada puak yang berkuasa akan membolehkan puak yang berilmu menyampaikan banyak perkara demi syariat Tuhan.

Muslim yang mempunyai kesedaran dan kemampuan haruslah mengkaji dengan mendalam apakah yang terlebih terdesak diperlukan oleh umat Islam masa kini. Setelah mengetahui penyakit semasa yang melanda umat Islam itu puak berilmu dan puak berkuasa sama-sama berkewajipan mencari penawar di antara 6,666 ayat al-Quran. Penawar yang diperlukan dengan segera itulah yang mesti dihulurkan kepada orang ramai terlebih dahulu. Mengubati penyakit secara bersistematik lebih berkesan daripada mengubati semua jenis penyakit sekaligus. Syariat telah menyediakan segala jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Ahli ilmu dan pemerintah haruslah faham menyusun jadual pengubatan umat.

Kita perlu menjiwai Islam untuk merasai nikmat Islam yang Tuhan kurniakan. Orang Islam bukan sahaja mendukung Islam untuk dirinya sahaja malah dia juga mendukung Islam untuk ahlinya, saudara-saudara Muslim yang lain dan juga umat manusia seluruhnya. Kewajipan manusia adalah melakukan apa yang Tuhan aturkan dengan penuh ketaatan kepada-Nya, sementara hak mengatur diserahkan kepada Allah s.w.t. Sekiranya Allah s.w.t mengaturkan seseorang itu menjadi alim dan mendapat kuasa ketika masyarakat Islam sedang menghadapi ancaman perang, orang alim dan berkuasa itu berkewajipan membuka syariat bahagian jihad, keperluan memperkuatkan ketenteraan, strategi peperangan dan lain-lain yang bersangkutan dengan perang, terlebih dahulu daripada bahagian syariat yang lain. Mengajar cara pembahagian harta pusaka kepada orang yang sedang bersiap ke medan perang adalah kurang sesuai. Dalam tabligh (menyampaikan), bukan sahaja perlu ada siddik dan amanah, malah perlu juga ada fatanah (kebijaksanaan).

Rasulullah s.a.w bertabligh secara siddik, amanah dan fatanah. Setelah berjaya menawan Makkah baginda s.a.w memaafkan secara beramai-ramai orang Makkah yang pernah berperang menentang baginda s.a.w. Baginda s.a.w tidak ghairah melakukan hukum qisas. Beberapa orang yang baginda s.a.w telah umumkan untuk dibunuh pun kemudiannya baginda s.a.w maafkan. Kemaafan daripada baginda s.a.w telah menarik orang-orang yang bersalah itu kepada Islam. Sekiranya baginda s.a.w telah melakukan hukuman bunuh tentu ramai daripada orang Makkah yang mati sebagai orang kafir musyrik. Kebijaksanaan baginda s.a.w telah menyelamatkan ramai manusia daripada azab neraka.

Allah s.w.t menghargai orang alim yang menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Pelaksanaan peraturan Tuhan kepada umat manusia yang tidak mengerti haruslah dengan kasih sayang, belas kasihan dan simpati. Bukankah Rasulullah s.a.w telah mendoakan bagi penduduk Taif yang mengkasari baginda s.a.w dengan doa yang baik: “Wahai Tuhan. Maafkan mereka kerana mereka tidak mengerti”.

Rasulullah s.a.w mengerti setakat mana pengikut baginda s.a.w mampu memikul beban. Baginda s.a.w tidak meletakkan beban melebihi keupayaan mereka. Sebab itulah dakwah baginda s.a.w berjaya. Baginda s.a.w telah memberi contoh, ketika berdakwah di Makkah, bilangan kaum Muslimin masih sangat sedikit. Baginda s.a.w tidak menggerakkan kaum Muslimin supaya berperang dengan kaum musyrikin. Jika baginda s.a.w berbuat demikian tentu sahaja kaum Muslimin akan terhapus sebelum agama Islam sempat berkembang di atas muka bumi. Umat Islam dituntut melaksanakan syariat Tuhan secara bijaksana. Serahkan urusan mentadbir kepada Tuhan. Kaum Muslimin perlu bertindak sesuai dengan pentadbiran Tuhan. Umat Islam yang tinggal di negeri yang sering dilanda banjir dituntut menyediakan kelengkapan banjir, tidak dituntut menyediakan kelengkapan gempa bumi. Dalam menguruskan hal-ehwal kaum Muslimin secara bijaksana, Muslim yang ditakdirkan berkuasa dengan Muslim yang ditakdirkan berilmu wajib bekerjasama demi mencari keredaan Allah s.w.t.

Syariat mengajarkan prinsip satu untuk ramai kerana Allah s.w.t. Lelaki bertanggungjawab menyelamatkan dirinya dan ahlinya daripada api neraka. Orang yang berharta berkewajipan mengeluarkan zakat bagi membantu orang miskin. Orang yang memiliki makanan yang cukup perlu mempastikan jirannya tidak tidur dalam kelaparan. Orang yang berilmu berkewajipan mengajar orang yang jahil. Orang yang berkuasa berkewajipan melindungi orang yang lemah. Setiap anggota masyarakat perlu menyumbangkan sesuatu untuk kesejahteraan masyarakatnya.

Syariat Islam mengajarkan supaya menyebarkan yang makruf dan mencegah yang munkar. Muslim diajar supaya mengasihani orang yang dizalimi dan juga orang yang berbuat kezaliman. Mengasihani orang yang dizalimi adalah dengan cara menyelamatkannya daripada kezaliman dan mengasihani orang yang berbuat zalim adalah dengan cara menyekatnya daripada berbuat kezaliman atau setidak-tidaknya menasihatinya. Dalam menyebarkan yang makruf dan mencegah yang munkar tidak ada istilah ‘menjaga tepi kain orang lain’.

Satu perkara yang sangat diberati oleh syariat adalah perbuatan menzalimi diri sendiri. Tuhan memberi ancaman yang keras terhadap mereka yang melakukan kezaliman terhadap diri mereka. Syariat Islam melarang kaum Muslimin sengaja mencampakkan diri mereka kepada kebinasaan walaupun atas alasan berserah kepada takdir. Rasulullah s.a.w menyuruh kaum Muslimin mengikat unta mereka terlebih dahulu baharulah bertawakal. Umar al-Khattab melarang orang ramai memasuki kampung yang sedang dilanda wabak taun dan pergi ke kampung yang tidak ada taun. Lari daripada takdir yang memudaratkan dan pergi kepada takdir yang mensejahterakan masih lagi dalam medan takdir.

Maksud menzalimi diri sendiri sangat luas. Zalim adalah lawan kepada adil. Maksud adil adalah meletakkan sesuatu pada kedudukan yang benar dan layak baginya. Jika meletakkan sesuatu pada kedudukan yang tidak benar dan tidak layak, ia dinamakan zalim. Menggunakan pancaindera yang dikurniakan Tuhan untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Tuhan adalah melakukan kezaliman kepada pancaindera atau diri sendiri.

Kezaliman yang paling besar dilakukan oleh hamba Tuhan adalah meletakkan Tuhan pada taraf yang tidak benar dan tidak layak bagi-Nya. Ketuhanan Allah s.w.t meliputi bidang penyembahan, pematuhan, pemujaan, penyayangan dan kebaktian. Ada batas yang mesti dipelihara agar tidak terjadi perbuatan yang menurunkan taraf ketuhanan Allah s.w.t daripada yang sepatutnya. Batas tersebut juga dipelihara agar apa sahaja yang selain Tuhan tidak sampai kepada taraf tersebut. Jangan sekali-kali terjadi penyembahan, perhambaan, ketaatan, pemujian dan penyayangan hak ketuhanan Allah s.w.t turun daripada taraf ketuhanan-Nya dan jangan pula yang selain Tuhan naik kepada taraf ketuhanan. Jika percerobohan dilakukan maka perbuatan yang demikian dikatakan menzalimi hak ketuhanan Allah s.w.t dan ia diistilahkan sebagai syirik. Syirik adalah menyengutukan hak ketuhanan Allah s.w.t dengan sesuatu yang lain. Meletakkan taraf Isa al-Masih sebagai anak Tuhan adalah syirik. Menganggap Uzair sebagai anak Tuhan adalah syirik. Mengiktikadkan Nur Muhammad sebagai penjelmaan Tuhan atau Tuhan sendiri adalah syirik. Nur Muhammad bukanlah Allah s.w.t sebagaimana  Isa al-Masih (zahirnya atau rohaninya iaitu nurnya) bukan anak Allah s.w.t. Mematuhi guru dengan sepenuh jiwa raga sehingga perkara haram dihalalkan dan perkara halal diharamkan masih juga dipatuhi, pun termasuk di dalam perbuatan syirik. Mencari rezeki yang baik tetapi dengan meninggalkan hak ketuhanan Allah s.w.t yang wajib dilaksanakan juga berunsur syirik. Kasih sayang sesama makhluk yang menyebabkan tenggelam hukum dan peraturan Tuhan juga berunsur syirik. Besar atau kecilnya syirik itu bergantung kepada sejauh mana hak ketuhanan Allah s.w.t dicerobohi. Al-Quran menceritakan beberapa keadaan syirik.

Dan berkata orang-orang Yahudi: “Uzair anak Allah”. Dan berkata orang-orang Nasrani: “Al-Masih anak Allah”. Demikian itulah kata-kata mereka dengan mulut mereka; menyerupai perkataan orang-orang kafir yang dahulu. Diperangi Allah akan mereka. Bagaimana mereka dapat dipalingkan? Telah mereka ambil guru-guru mereka dan pendeta-pendeta mereka menjadi Tuhan selain Allah dan (juga) al-Masih anak Maryam; padahal tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Maha Suci Dia dari apa yang mereka sekutukan. ( Ayat 30 & 31 : Surah at-Taubah )

Bahkan mereka mempertuhankan jin. ( Ayat 41 : Surah Saba’ ) Tidakkah engkau perhatikan mereka yang mempertuhankan nafsu mereka? Maka apakah engkau boleh jadi pemelihara atas mereka? ( Ayat 43 : Surah al-Furqaan )

Selain yang dinyatakan di atas al-Quran juga menceritakan beberapa perkara yang boleh menggelincirkan manusia kepada syirik.

Katakanlah: “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta yang kamu dapati, perniagaan yang kamu takut akan mundur dan tempat kediaman yang kamu sukai, lebih tercinta kepada kamu daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketentuan-Nya. Dan Allah itu tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik”. ( Ayat 24 : Surah at-Taubah )

Syirik adalah kezaliman yang paling besar boleh dilakukan oleh seseorang kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhan. Tuhan tidak cedera lantaran manusia berbuat syirik dan tidak beruntung Tuhan jika manusia berbakti kepada-Nya. Apa yang manusia lakukan memberi keuntungan atau kerugian kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhan. Syirik adalah kerugian manusia yang paling besar kerana Allah s.w.t sangat tegas menghadapi orang yang berbuat syirik. Oleh itu tugas seseorang Muslim adalah menghapuskan syirik pada dirinya dan juga pada saudara-saudara Muslimnya yang lain. Tugas utama penguasa Muslim dan ulama Muslim juga demikian. Syirik adalah musuh utama umat manusia. Di dalam berjihad menentang kemusyrikan kaum Muslimin mestilah bersatu sekalipun mereka tidak boleh bersatu dalam bidang yang lain.

Selain syirik, syariat juga menekankan soal perbuatan munkar. Kerosakan akidah dinamakan syirik dan kerosakan akhlak dinamakan perbuatan munkar. Dalam soal kemunkaran, rujukannya secara umum adalah fitrah kemanusiaan, nilai-nilai murni kemanusiaan yang dipersetujui oleh syarak. Fitrah kemanusiaan yang sejati sangat hampir dengan fitrah Muslim, tetapi jarang yang sampai kepada tahap kesedaran fitrah yang sejati kerana bakat fitrah mereka dihijab oleh kemampuan berfikir yang terhad, pengaruh pendidikan, pengalaman dan sebagainya. Sekalipun manusia boleh sampai kepada tahap kesedaran fitrah yang sejati namun, ia belum boleh dikatakan fitrah Muslim kerana ia tidak berkeupayaan menyingkap tentang Tuhan. Ia mesti tunduk kepada perkhabaran yang datang daripada Tuhan baharulah fitrah kemanusiaan yang sejati itu beroleh kedudukan sebagai fitrah Muslim. Fitrah kemanusiaan yang sejati hanya memerlukan iman untuk menjadikannya fitrah Muslim.

Nilai-nilai murni kemanusiaan yang disertai iman menjadi rujukan dalam menentukan sesuatu perkara itu munkar atau tidak. Perbuatan munkar adalah perbuatan yang menyalahi akhlak Muslim. Perbuatan yang sesuai dengan akhlak Muslim dan dilakukan dengan disertai iman, dinamakan perbuatan makruf. Perbuatan makruf termasuk dalam kategori amal salih. Amal yang tidak salih itulah yang munkar.

Amal yang tidak salih secara automatiknya adalah amal yang munkar, tetapi amal yang pada zahirnya kelihatan salih belum tentu ianya salih. Ia hanya menjadi salih jika ia disertai oleh iman. Tidak ada amal salih tanpa iman. Sebab itulah sistem yang digubal oleh cerdik pandai bukan Islam, walaupun sesuai dengan nilai-nilai murni kemanusiaan, jika diambil bulat-bulat ia tidak mampu melahirkan amal salih kerana tidak ada dasar iman padanya. Itulah punca kegagalan badan dunia menyebarkan perkara makruf dan mencegah yang munkar. Umat Islam sendiri jika menggubal sistem yang tidak berlandaskan iman akan menemui kegagalan yang serupa. Kemunkaran hanya boleh dihancurkan oleh kekuatan iman.

Fitrah kemanusiaan yang tidak disertakan iman tidak dapat melihat rasional di sebalik kebanyakan peraturan syariat, terutamanya dalam bidang penghakiman dan penghukuman terhadap orang yang melakukan jenayah. Penghukuman menurut syarak biasanya dipandang sebagai keterlaluan, di luar peri kemanusiaan. Fitrah kemanusiaan hanya memandang kepada sekop kehidupan dunia sahaja, sedangkan syarak mengenakan hukuman yang berat di dalam dunia bagi menyelamatkan pesalah daripada hukuman berat di akhirat. Syarak melihat dunia sebagai kehidupan yang sangat singkat sementara akhirat adalah kehidupan yang abadi. Menderita dalam tempuh yang singkat lebih baik daripada menderita berkekalan. Tuhan tidak suka menghukum hamba-Nya dua kali. Hamba-Nya yang telah menjalani hukuman menurut syarak tidak perlu lagi dihukum di akhirat. Atas dasar inilah hukuman menurut syarak dipandang berat menurut nilai kemanusiaan sejagat.

Syariat memberi penumpuan kepada penyucian akidah dan akhlak. Akidah yang bersih daripada syirik menjadi dasar syariat. Akhlak yang mulia menjadi pengapit kepada akidah yang benar. Apabila dua perkara ini sudah teguh baharulah perkara-perkara lain boleh berdiri dengan tegap. Selama tiga belas tahun berdakwah di Makkah Nabi Muhammad s.a.w menumpukan soal akidah dan akhlak. Bidang syariat yang lain banyak dipraktikkan setelah baginda s.a.w berhijrah ke Madinah.

Bidang syariat yang paling penting adalah pengajaran tentang Tuhan dan pengabdian kepada-Nya. Syariat mengajarkan bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa. Dia adalah pergantungan sekalian makhluk, tidak ada makhluk yang merdeka daripada-Nya. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak ada sesiapa boleh mendakwakan bahawa dirinya adalah sebahagian daripada Tuhan. Dia tidak serupa dengan sesuatu dan Dia Mendengar serta Melihat. Dia menguasai seluruh alam maya. Syariat memperkenalkan Tuhan dalam dua aspek penting. Dalam aspek pertama syariat menceritakan bahawa Tuhan adalah Maha Kaya dari seluruh alam. Tuhan tidak memerlukan apa-apa daripada sesiapa pun. Tuhan tidak bergantung kepada sesuatu. Tuhan tidak ditanya tentang apa yang Dia lakukan tetapi makhluk ditanya tentang apa yang mereka perbuat. Syariat juga mengajarkan bahawa jika manusia bersyukur maka kebaikan syukur itu pergi kepadanya, bukan kepada Tuhan. Jika manusia kufur ia memudaratkan diri manusia sendiri, tidak menjejaskan ketuhanan Allah s.w.t. Dalam aspek kedua syariat memperkenalkan Tuhan sebagai pergantungan sekalian makhluk, Dia melakukan apa yang Dia kehendaki kepada makhluk-Nya. Dia meletakkan ketentuan kepada setiap yang Dia ciptakan. Semua makhluk tidak berupaya mengubah ketentuan yang telah Tuhan tetapkan pada azali. Semua makhluk tunduk patuh kepada ketentuan-Nya. Gabungan dua aspek tersebut menceritakan bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Kaya dari segala sesuatu, tidak berkehendakkan apa-apa pun daripada sesiapa pun, tetapi sekalian makhluk bergantung, berhajat dan berkehendak kepada-Nya. Begitulah dasar akidah seorang Muslim yang disimpulkan dengan kalimah:

Bagi menghuraikan dasar akidah tersebut diadakan pengajian sifat dua puluh. Sifat dua puluh dan apa jua sifat yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t, termasuklah nama-nama-Nya, tertakluk kepada dasar: Makrifat melalui syariat diperolehi dengan iman bukan dengan hujah dan dalil. Hujah dan dalil berguna bagi orang cenderung menggunakan akal fikiran. Akal fikiran mempunyai had kemampuannya. Apabila sampai kepada had kemampuannya akal terpaksa tunduk, menyerah sepenuhnya kepada perkhabaran yang dibawa oleh syariat. Baharulah akal itu menjadi Muslim. Makrifat secara syariat juga menjadi permulaan  setelah berakhirnya makrifat secara kasyaf dan pengalaman kerohanian. Kasyaf membawa seseorang kepada suasana kehairanan menemui kenyataan bahawa Tuhan melampaui segala perkenalan. Ahli kasyaf pun tunduk, menyerah kepada perkhabaran yang terdapat dalam syariat. Baharulah hati yang mengalami kasyaf benar-benar menjadi Muslim.

Apa juga jalan yang diikuti, permulaan jalan adalah syariat dan penghujung jalan juga syariat, baharulah perjalanan itu menjadi bulatan yang lengkap. Syariat yang ditemui pada permulaan jalan adalah syariat secara umum, dipegang oleh orang awam. Syariat pada akhir perjalanan adalah syariat khusus dan lengkap, dipegang oleh orang arif. Apa juga tarekat yang dijalani sekiranya tidak ditemui syariat pada akhir perjalanannya, maka tarekat tersebut tidak mencapai Kebenaran Hakiki. Sekiranya sesuatu tarekat itu membawa seseorang kepada penafian terhadap syariat, sekiranya ahli tarekat itu mempunyai kesedaran, wajiblah dia berundur daripada jalan yang dilaluinya itu.

Selain menyampaikan pengetahuan tentang Tuhan, syariat juga mengajarkan cara-cara melakukan ibadat dan pengabdian kepada Tuhan. Hanya ibadat yang dilakukan menurut peraturan syariat sahaja diterima oleh Tuhan sebagai ibadat. Misalnya, syariat menentukan syarat dan rukun sembahyang. Tidak menepati syarat dan tidak menyempurnakan rukun tidak dinamakan sembahyang. Akal dan kasyaf tidak akan menemui cara yang betul bagi menyembah Tuhan. Hanya syariat, semata-mata syariat mengajarkan cara pengabdian yang sebenarnya terhadap Allah s.w.t.

Syariat juga menyampaikan perkhabaran tentang malaikat dan Nabi-nabi. Malaikat dikenali dengan mengetahui asal kejadiannya daripada nur yang murni yang berbeza daripada cahaya matahari atau sebarang cahaya yang diketahui oleh manusia. Perlu juga diketahui beberapa malaikat yang menjadi pemimpin kepada malaikat-malaikat sekaliannya. Mengenali Nabi pula adalah dengan mempelajari sejarah perjalanan mereka, tahu keturunan mereka dan tahu pula siapakah di antara mereka yang menerima kitab dan suhuf serta tahu kitab-kitab tersebut. Pengetahuan tentang perjalanan Nabi-nabi bagi meningkatkan kedudukan kerohanian dalam melaksanakan tuntutan syariat. Seterusnya syariat mengajarkan manusia tentang akhirat. Matlamat utama manusia adalah akhirat dan dunia menjadi jalan kepada akhirat. Di samping mencari kesejahteraan hidup di dunia manusia lebih dituntut mencari keselamatan di akhirat. Kehidupan dunia hanyalah sementara dan kehidupan akhirat berkekalan, tanpa kesudahan. syariat juga mengajar manusia supaya mengakui kelemahan mereka. Oleh yang demikian mereka dikehendaki beriman kepada Qadak dan Qadar. Keyakinan kepada akhirat menggerakkan manusia supaya rajin beramal. Keyakinan kepada Qadak dan Qadar memimpin manusia menjadi hamba yang tunduk kepada ketuhanan Allah s.w.t. Apa yang diajar oleh syariat membentuk sifat aslim iaitu berserah diri kepada Tuhan. Orang Islam yang bersifat aslim itulah yang benar-benar tunduk, patuh dan melaksanakan hukum Tuhan sebagaimana layaknya dibuat oleh seorang hamba yang merdeka.

Orang yang melalui jalan syariat akan berjaya apabila sampai kepada makam mukmin. Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin, dirinya dan hartanya dengan syurga, iaitu mereka yang berjihad pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar di tentang itu (yang tersebut) dalam Taurat dan Injil dan Quran; kerana bukankah tidak ada yang sempurnakan janjinya lebih daripada Allah? Lantaran itu bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepada-Nya, kerana yang demikian adalah kebahagiaan yang besar. ( Ayat 111 : Surah at-Taubah )

Orang yang mencapai darjat mukmin ada harga pada sisi Allah s.w.t hinggakan Dia sanggup membeli mereka dengan harga syurga, harta yang paling tinggi nilainya dalam seluruh alam makhluk. Tidak ada keraguan lagi kedudukan mereka sebagai ahli syurga. Makam yang di bawah daripada makam mukmin ada dua. Pertama adalah mereka yang dijamin sebagai ahli neraka. Kedua adalah mereka yang mungkin ke syurga atau mungkin ke neraka, hanya belas kasihan Tuhan yang boleh menyelamatkan mereka. Ketika hayat masih ada ujilah diri sendiri apakah sudah mencapai taraf mukmin atau belum. Alat pengujinya adalah firman Allah s.w.t:

Orang-orang mukmin apabila diperingatkan dengan Allah nescaya gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya menambahkan bagi mereka keimanan; dan kepada Tuhan mereka berserah diri. (Iaitu) orang yang mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka. ( Ayat 2 & 3 : Surah al-Anfaal )

Jika tanda yang tersebut di atas tidak ada waspadalah! Mungkin neraka menunggu di akhir perjalanan hidup di dunia ini. Mulalah bekerja untuk menyelamatkan diri dengan berniaga dengan Allah s.w.t, menjualkan diri kepadanya dengan cara berjihad pada jalan-Nya. Mudah-mudahan Tuhan sudi membeli.

Kejayaan bagi mereka yang berjihad pada jalan Allah s.w.t adalah mereka dikurniakan petunjuk dengan nur tawajjuh yang berperanan memalingkan hati kepada Allah s.w.t dan membentenginya daripada apa yang cuba memesungkannya. Orang yang dikurniakan nur tawajjuh dinamakan orang salih yang berpegang teguh dengan syariat Allah s.w.t. nur tawajjuh membuat mereka berasa damai dan tenang serta bertambah kehampiran dengan Allah s.w.t. Mereka tidak berasa berat untuk melakukan ibadat walau berapa banyak sekalipun kerana semakin banyak mereka beribadat semakin mereka memperolehi taqarrub (mendekat dan menghadap Allah s.w.t) dan semakin mereka berasa lazat beribadat. Orang salih adalah ahli syariat yang memakai pakaian warak dan berjalan dengan nur tawajjuh.


Bagaimana Cara Zikrullah Yang Betul Untuk Mencapai Ketenangan

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir.

Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fi’li). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya).

Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…” (At Tahrim : 8)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not!

Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api!

Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah.

Dzikir

Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya.

Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fi’li! 

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan.

Rasa bertuhan.

Memahami maksud takdir.

Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT.

Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.

Firman Allah: “Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” (At Taubah : 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain?

Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun.

Firman Allah: “…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” (Al baqarah : 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.

Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa Bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat.

Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat.

Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.

Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.

Memahami Maksud Takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya.

Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “Barangsiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan.

Rupa cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

Mendapat Hikmah Bila Diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya.

Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata:

“Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air.

Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.